PENGAMAL REFLEKSI

KONSEP REFLEKSI


Refleksi ialah proses mengingat dan merenung kembali aktiviti pendidikan yang telah difikir atau dialami, menganalisis serta menilai kesannya, memikirkan cara memperbaiki dan merancang dengan pengubahsuaian untuk dapat digunakan pada masa depan dengan lebih berkesan lagi. Refleksi merangkumi langkah-langkah menganalisis, membuat sintesis, menginterpretasi, dan membuat kesimpulan (Othman Lebar, 2014 : 104).

Refleksi amat berkait rapat dengan pengalaman sedia ada serta aspek-aspek pemikiran khasnya pemikiran kritis dan kreatif yang sering digunakan sebagai pendekatan penyelesaian masalah (Wilson Jet al., 1993). Dalam konteks perguruan, refleksi sangat membantu dan mendidik guru untuk memberi alasan dengan mahir dan cekap tentang pelaksanaan pengajarannya. 






KEPENTINGAN REFLEKSI


  • Membuat penilaian kendiri.
  • Menganalisis aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) di sekolah.
  • Mencari alternatif dalam membuat keputusan.
  • Mencari jalan penyelesaian dan mengubah tingkah laku.








PROSES REFLEKSI

  • Menggambarkan semula keseluruhan pengajaran yang telah dilakukan.
  • Memastikan objektif pengajaran dan pembelajaran tercapai.
  • Meneliti maklum balas pengajaran dan pembelajaran daripada pelbagai sumber.
  • Merancang dan meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran.




(Berikut merupakan surat tidak rasmi sebagai maklum balas daripada pelajar semasa saya menjalani
latihan mengajar pada tahun 2015.)

No comments:

Post a Comment