- Satu aktiviti dan proses yang direka bentuk bagi mengembangkan kemahiran pengetahuan profesional dan sikap pendidik agar mereka berupaya meningkatkan pembelajaran murid.
- Menurut Fullan (1991), Pembangunan profesional merangkumi keseluruhan pengalaman formal dan tidak formal sepanjang kerjaya seorang guru daripada pendidikan guru pra-perkhidmatan hingga persaraan.
- Berdasarkan carian melalui Dictionary.com, Pembangunan profesional ialah peningkatan kemahiran dan kepakaran seseorang dalam profesionnya melalui pendidikan yang berterusan.
- Menurut pandangan Talis (2009), Pembangunan profesional ditakrifkan sebagai aktiviti-aktiviti yang memperkembangkan kemahiran pengetahuan, kepakaran dan ciri-ciri lain seorang guru dalam perkhidmatan.
- Definisi Pembangunan profesional berdasarkan Educational Resources Information Center (ERIC), ialah aktiviti-aktiviti yang mempertingkatkan pertumbuhan profesional seorang pendidik. Aktiviti-aktiviti ini mungkin termasuk pembangunan peribadi, pendidikan berterusan dan pendidikan dalam perkhidmatan, serta kolaborasi di antara rakan sebaya, kumpulan belajar, dan bimbingan rakan sebaya.
- Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat (2015), profesional boleh didefinisikan sebagai sesuatu yang berkaitan dalam bidang profesion seperti undang-undang, perguruan dan kedoktoran. Golongan profesional atau ahli profesional ini memerlukan kemampuan atau kemahiran yang khusus untuk melaksanakan tugasnya dengan cekap, teratur dan memperlihatkan kemahiran tertentu. Sebagai contoh, seorang pengetua di sekolah perlu mengetahui cara untuk menguruskan sekolah yang mempunyai jumlah guru dan pelajar yang besar supaya sekolah itu sentiasa di pandang tinggi. Hanya cara yang profesional sahaja dapat membuatkan sekolah itu berada pada kedudukan yang tinggi.
GURU SEBAGAI PROFESION
- Menurut Hoyle (1982) pembangunan profesional guru merupakan satu proses di mana guru-guru secara berterusan menperdalam ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk memastikan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP).
- Menurut Mohd Yusof Abdullah (2009), Ketika negara-negara di dunia begitu sibuk mengatur strategi untuk berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam era wayarles dan globalisasi, kedengaran juga suara-suara sinis yang masih mempersoalkan peranan dan fungsi yang dapat dimainkan oleh insan guru yang dianggap mulia ini.
- Menurut Noriati A.Rashid, Boon Pong Ying, Wong Kiet Wah (2010), aspek keguruan dianggap sebagai satu profesion apabila guru memperoleh pengetahuan atau kemahiran melalui latihan dalam suatu tempoh masa yang panjang, meningkatkan profesionalisme, komited kepada klien dan mempunyai kuasa autonomi dalam membuat keputusan.
- Dalam konteks profesion keguruan, guru yang professional haruslah mempunyai tiga ciri kemahiran profesional guru iaitu:
i. Mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran
yang tinggi.
ii. Bertanggungjawab dan memberikan perkhidmatan yang bermutu tinggi.
iii. Terlatih dan mahir dalam tugas-tugas mengajar dan membimbing murid-murid.
NILAI PROFESIONAL GURU
1) Ketuhanan
- Malaysia merupakan sebuah negara yang berpegang
kepada kepercayaan agama. Setiap warganegara walau apa
jua bangsa dan agama anutannya akan berpegang kepada
Rukun Negara yang telah menetapkan kepercayaan kepada
Tuhan sebagai rukun yang pertama.
- Guru di Malaysia perlu mempunyai pegangan agama yang
dapat membentuk keperibadian mulia, mematuhi ajaran
agama dan menjalani kehidupan berlandaskan panduan
agama.
- Guru perlu menerapkan nilai-nilai universal semasa
melaksanakan tugas di sekolah.
2) Penyayang
- Nilai penyayang merupakan perasaan dan perlakuan yang
memahami, menghargai dan mengambil berat seperti
bersifat pemaaf, tidak berdendam dan tidak sombong.
- Guru yang penyayang menganggap setiap orang
mempunyai harga diri yang perlu dihormati tanpa prasangka
buruk.
- Guru yang bertimbang rasa dan suka mengambil berat
dalam melaksanakan tugas menjadikan institusi bekerja
3) Integriti
- Integriti bermaksud kesempurnaan dalam mematuhi prinsip-
prinsip kemoralan.
- Guru berintegriti adalah guru yang mengamalkan sifat-sifat
positif secara tekal dengan mematuhi etika kerja, peraturan
dan pekeliling yang telah ditetapkan.
- Sifat-sifat postif seperti amanah, jujur dan sebagainya
membolehkan guru menjalankan tugas mengatasi
kepentingan peribadi.
4) Efisien
- Nilai efisien digambarkan dengan keupayaan guru untuk
melaksanakan kerja seperti yang dirancang.
- Perkara ini menjamin penghasilan kerja yang berkualiti dan
dapat dilaksanakan mengikut jadual peringkat perancangan
lagi.
- Pendokumentasian maklumat dan data dibuat sebagai
rekod untuk memudahkan rujukan semula.
-Efisien juga merujuk kepada keupayaan menguruskan
perbelanjaan dengan cekap.
5) Kecintaan terhadap profesion
- Guru perlu mempertahankan imej dan nama baik profesion
keguruan dengan tidak melakukan perkara yang melanggar
etika sebagai tanda kecintaan terhadap profesion.
- Profesion keguruan hendaklah dijadikan hala tuju
kehidupan dengan memberikan ketaatan serta kesetiaan
kepada profesion, sanggup berkorban masa dan tenaga
6) Patriotisme dan tanggungjawab sosial
- Semangat patriotisme dapat ditunjukkan melalui amalan
menjaga nama baik negara di kaca mata orang luar. Selain
merayakan hari-hari sambutan kebesaran peringkat negara,
guru juga perlu menghayati sejarah negara.
- Guru perlu mencintai dan mengharumkan nama sekolah
melalui pelbagai aktiviti pendidikan dan kemasyarakatan.
- Sebagai anggota masyarakat berbilang kaum, guru tidak
seharusnya mengasingkan diri daripada menyertai aktiviti
yang melibatkan penyertaan pelbagai kaum dan bangsa.
- Hal ini dapat dilakukan dengan mengaplikasikan kemahiran
bersosial, semangat bermasyarakat dan mengamalkan
PERSONALITI GURU
Personaliti merujuk kepada sahsiah, leperibadian atau
perwatakan yang dibawa oleh
seseorang. Crow dan Crow (1983) mengatakan bahawa
personaliti merangkumi daya penarik, corak pertuturan dan
perwatakan fizikal yang dimiliki.
1) Perwatakan guru menarik
- Keadaan fizikal guru perlulah kemas dan terurus agar
gambaran awal murid terhadap guru adalah positif.
-Menjaga kebersihan.
2) Kualiti peribadi
- Sebagai
guru hendaklah mempunyai sahsiah
yang positif,
optimis dan ceria kerana guru menjadi contoh atau ‘role
model’ kepada pelajar.
- Guru yang mempunyai peribadi mulia seperti baik hati,
bertanggungjawab, yakin, kepimpinan dan jenaka.
3) Emosi stabil
- Guru
perlu pandai mengatasi tekanan dan sentiasa tenang
di hadapan murid.
di hadapan murid.
- Sentiasa mengambil berat dan prihatin terhadap anak
didiknya.
didiknya.
- Guru
tidak boleh melepaskan kemarahan kepada pelajar.
- Guru
mampu mengawal ketegangan di dalam kelas.
4) Kualiti sosial
- Peramah
- Jujur
- Semangat berbakti tinggi
- Menyumbang kepada peningkatan motivasi
5) Profesional dan berpengetahuan
- Guru
berpengetahuan menjadikan pelajaran dapat
disampaikan dengan cekap dan
berkesan.
- Guru
perlu sentiasa melengkapan diri dengan ilmu
pengetahuan.
- Guru
sentiasa bersedia dengan pelbagai situasi pengajaran
dan sifat kualiti profesional guru cemerlang.
AKAUNTABILITI GURU
- Akauntabiliti keguruan bermaksud tanggungjawab yang
harus difahami dan dilaksanakan oleh guru.
harus difahami dan dilaksanakan oleh guru.
- Akauntabiliti keguruan bermaksud tanggungjawab terhadap
profesion perguruan.
1) Akauntabiliti terhadap sekolah
- Guru
perlu memastikan kaedah mengajar sejajar dengan
perkembangan kognitif murid-murid.
- Guru
menunjukkan minat yang tinggi di dalam
pekerjaannya.
- Guru perlu menggunakan kaedah pengajaran yang terkini
dan canggih.
2) Akauntabiliti terhadap murid
- Mengutamakan kebajikan dan keselamatan murid-murid.
- Bersedia menyelesaikan masalah murid-murid dengan
bersikap adil.
- Ikhlas dalam menyampaikan ilmu pengetahuan.
3) Akauntabiliti terhadap profesion
- Sentiasa bersedia dalam membantu rakan sejawat.
-Memakai pakaian mengikut etika perguruan.
-Tidak terlibat dalam sebarang kegiatan negatif.
4) Akauntabiliti terhadap komuniti
- Bersopan santun dan bertingkah laku baik
dalam segala aktiviti sosial.
- Mengambil bahagian secara cergas dalam kegiatan
kegiatan masyarakat.
- Sentiasa menghormati ahli masyarakat setempat.
5) Akauntabiliti terhadap tingkah laku
- Guru
perlu melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan
terutama tentang subjek yang diajarkan.
- Guru perlu mengamalkan nilai-nilai murni seperti
kejujuran, keikhlasan,kecekapan dan belas kasihan.
- Guru juga perlu memelihara penampilan diri sebagai
seorang guru yang profesion.
- Guru mengawal tingah laku ketika mengajar seperti
mengawal emosi ketika berhadapan dengan pelajar.
KONSEP INTEGRITI
- Mengikut Kamus Dwibahasa DBP (1985) integrit ialah
kejujuran dan ketulusan; kesempurnaan, dan keutuhan.
- Integriti adalah sifat jati diri yang merangkumi juga
keikhlasan, keterbukaan, ketelusan, amanah, berakhlak
mulia, sabar, jujur, berani dan berilmu pengetahuan.
keikhlasan, keterbukaan, ketelusan, amanah, berakhlak
mulia, sabar, jujur, berani dan berilmu pengetahuan.
- Mengikut Institut Integriti Malaysia (2004), integriti merujuk
kepada kualiti unggul yang
wujud
secara
keseluruhan
dan
padu kepada individu dan organisasi.
padu kepada individu dan organisasi.
INTEGRITI GURU
- Tanggungjawab guru mendidik pelajar dengan penuh
keikhlasan dan kejujuran untuk melahirkan generasi yang
berguna.
keikhlasan dan kejujuran untuk melahirkan generasi yang
berguna.
-Pemuafakatan erat antara guru dengan ibu bapa akan
memupuk kerjasama yang baik.
memupuk kerjasama yang baik.
- Guru berintegriti melaksanakan tugas dengan amanah dan
mempunyai keprihatinan kepada pelajar.
- Guru yang melaksakan tugas secara ikhlas mampu
merancang pdp yang terbaik.
merancang pdp yang terbaik.
nice. banyak membantu
ReplyDelete